UNCTAD: Status Anggota Dinilai Sendiri

  • 时间:
  • 浏览:14
  • 来源:1分11选5-首页

Lokasi Anda:

> Kandungan

Laporan terkini Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) menyebut bahawa status negara anggota perlu dinilai sendiri berdasarkan keadaan sebenar masing-masing.

Pakar percaya, ini mencerminkan pendirian UNCTAD dan para anggotanya mengenai isu tersebut. Percubaan Amerika Syarikat (AS) untuk memaksa peraturan berkaitan status negara anggota membangun diubah tidak akan berjaya.

Laporan berkenaan merumuskan, masih terdapat jurang pembangunan yang besar antara negara maju dan membangun, walau apa kemajuan yang dicapai masing-masing dalam suku abad lalu. Pembangunan bukan sekadar perdagangan, malah merangkumi ekonomi, sosial, alam sekitar dan sebagainya, yang semuanya perlu dinilai dari perspektif negara anggota sendiri.

Baru-baru ini, AS menggesa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengubah peraturan mengenai status negara membangun dalam masa 90 hari. Ini kali ketiga AS membangkitkan isu terlibat.

Pengarah Insititut Penyelidikan WTO di bawah Universiti Ekonomi dan Perdagangan China, Tu Xinquan menyatakan laporan UNCTAD itu menunjukkan komitmennya untuk mengekalkan sistem penentuan status yang sedia ada. Beliau percaya, tindakan AS yang berbaur unilateralisme pasti gagal mencapai objektifnya.